Sanusi Tak Nak Komen Lanjut Kerana Akan Dilabel Derhaka
Dunia
IG muhammadsanusimdnor_official
Advertisements

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengelak untuk memberikan komen mengenai cabaran dari pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris supaya mendedahkan nama individu yang digelar sebagai ‘tokong’ dalam bola sepak negara.

Sanusi berkata beliau tidak mahu memberikan komen dengan lebih lanjut mengenai isu ini kerana kelak beliau pasti akan digelar sebagai seorang yang derhaka kepada raja.

“Soalan itu (cabaran TMJ dedahkan nama individu yang digelar ‘tokong’) tak usah tanya, provokasi..’no comment’. Nanti depa kata saya lawan raja pula, baru ini tak ada hujah depa update (tulis) kata lawan raja, derhaka…ini bola sepak derhaka apa, jadi (cukup) la,” katanya seperti dilaporkan Arena Metro.

Advertisements

Sanusi sebelum ini menyatakan ada individu yang diberikan kuasa penuh dalam arena bola sepak Malaysian sehinggakan individu tersebut mampu mengatur dan memberi arahan kepada pasukan lain.

Susulan dari kenyataan tesebut, dunia bola sepak dikejutkan dengan kepulangan semula Syafiq Ahmad ke pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT). Walaupun tempoh pinjaman selama setahun, namun JDT membuat keputusan memanggilnya lebih awal.

Namun Sanusi menganggap bahawa tindakan JDT yang memanggil semula Syafiq Ahmad itu merupakan sesuatu yang sah dan pihak Kedah Darul Aman FC (KDA FC) kini bercadang untuk menandatangani pemain baharu untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Syafiq.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram