“Saya Harap Suatu Hari Dapat Cakap Macam Ini Di Sini” – Lee Zii Jia
UltraSukan
Sponsors

Perseorangan utama negara, Lee Zii Jia mengakui berharap dapat berdiri di hadapan media kerana bangga bergelar juara Malaysia Open.

Nasib tidak menyebelahi pemain nombor 11 dunia itu apabila tersingkir dari pusingan pertama Malaysia Open 2024 hari ini.

Ad

Zii Jia disingkirkan oleh pemain nombor 19 dunia dari China, Lu Guangzu dengan keputusan 16-21, 21-19, 21-15.

Ad

Anak jati Alor Setar, Kedah itu mengakui sudah bosan dengan situas ini tetapi menganggap ia sebahagian daripada proses menjadikannya pemain yang lebih baik.

Atas sebab itu, Zii Jia menyatakan tidak akan putus asa sehingga meraih kejayaan yang membanggakan Malaysia terutama di tempat sendiri.

Ad

“Setiap hari ada kalah dan menang. Saya pun benci juga keluar nak jawab lagi kalah, (kata-kata) ‘Nak cuba sekali lagi, kembali bangkit’ itu macam sudah bosanlah. Hari-hari cakap benda sama.

Ad

“Pada diri saya, saya sentiasa katakan saya takkan menyerah kalah. Saya makin cergas setiap kali turun berlatih. Saya ikut kata-kata jurulatih yang diberi kepada saya.

“Macam saya katakan, ini sebahagian daripada proses. Mungkin saya sampai bersara pun, saya takkan menyerah dan terus mencuba. Jadi, seperti biasa, kena sabar.

“Saya tak tahu bila mungkin boleh berdiri dekat sini cakap, ‘Saya sudah menang, saya sudah (bergelar) juara. Saya sudah sangat yakin.’ Tapi saya harap satu hari nanti akan boleh cakap macam ini dekat sini,” katanya kepada wartawan sukan TV3, Syakirah Zulkifly.

Kekalahan hari ini merencatkan usaha Zii Jia mengutip mata tambahan untuk kelayakan ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.