Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Peter Cklamovski terkesan dengan tatapan mata kepada Faisal Halim yang membawanya kepada panggilan Harimau Malaya.
Pemain berusia 27 tahun itu hampir setahun tidak membarisi skuad Harimau Malaya ekoran tidak cergas sepenuhnya dan kurang beraksi pada peringkat kelab.
Kebangkitan luar biasanya terutamanya apabila meledak hatrik ketika membantu Selangor untuk menewaskan Kelantan Darul Naim dengan keputusan 7-0.
Peter melabel bahawa Faisal merupakan seorang pemain yang positif dan memiliki ciri-ciri yang dimahukannya untuk mewakili negara.
“Beliau merupakan seorang pemain yang amat positif di atas padang. Beliau ada sumbangkan yang boleh diberikan dalam hidup. Kita mahu membina sebuah skuad yang mantap dan tidak bergantung kepada hanya seorang pemain.
“Kekuatan pasukan kebangsaan adalah 11 orang pemain yang diturunkan di atas padang. Saya bercakap dengan Faisal Halim ketika latihan dan saya dapat melihat kesungguhannya.
Beliau juga mendedahkan sebab pemain kelahiran Mengkuang Titi, Pulang Pinang itu dipanggil dalam senarai 27 orang pemain bagi menghadapi Nepal.
“Saya melihat ke arah matanya, ternyata beliau seorang yang bersemangat dan bersedia untuk menyarung jersi Harimau Malaya semula.
“Oleh sebab itu, nama Faisal tersenarai dalam panggilan menentang Nepal kali ini,” ujarnya.
Aksi Kelayakan Piala Asia 2027 antara Malaysia vs Nepal dijadualkan berlangsung pada 25 Mac 2025 di Stadium Sultan Ibrahim.