fbpx

Aksi Tak Masuk Akal Schmeichel Jadi Bualan

57,861 views

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Penjaga gol Leicester City dan Denmark, Kasper Schmeichel tampil sebagai wira apabila menampilkan aksi yang cukup menakjubkan meskipun pasukan Denmark tewas kepada England dengan jaringan 2-1 dalam saingan Euro 2020 di Stadium Wembley awal pagi tadi.

Dalam perlawanan itu, Kasper beberapa kali berjaya mematahkan serangan pasukan lawan yang dipimpin oleh Harry Kane, Bukayo Saka dan juga Raheem Sterling. Percubaan demi percubaan yang dilancarkan oleh The Three Lions menemui jalan buntu dengan kecekapan penjaga gol berusia 34 tahun itu mengawal gawang.

Momen-momen kecemerlangan penjaga gol itu bermula apabila rembatan luar kotak yang dilakukan oleh Sterling pada minit ke-12 berjaya ditangkap kemas. Selain itu, Schmeichel juga berjaya menggagalkan tandukan kapten Manchester United, Harry Maguire ketika peluang keemasan England hadir untuk menggandakan jaringan berjaya dipatahkan.

Percubaan kencang yang dilakukan pemain gantian, Jack Grealish ketika pertahanan Denmark sedikit kucar-kacir juga ditempis kemas dengan tenang olehnya. Pada minit ke-94, Schmeichel sekali lagi mempamerkan aksi luar biasa apabila berjaya menggagalkan rembatan leret Kane ketika pemain pertahanan Denmark alpa untuk menjejak larian yang dilakukan oleh penyerang tersebut.

Pada masa tambahan, England dihadiahkan sepakan penalti apabila Sterling dikasari oleh pemain pertahanan Denmark dalam kotak penalti. Sekali lagi, sepakan yang diambil oleh kapten pasukan, Harry Kane berjaya diselamatkan namun bola tidak ditangkap kemas memberikan peluang mudah buat Kane menjaringkan gol.

Walaupun kempen pasukan Denmark dalam saingan Euro kali ini terhenti di separuh akhir, namun ia bakal memahat sejarah dalam bola sepak Denmark sebagai satu kejayaan yang sangat bermakna serta kecemerlangan aksi Kasper Schmeichel akan sentiasa mekar dalam ingatan penyokong bola sepak di sana.

Dapatkan notifikasi pantas di Telegram

Berita, rangkuman perlawanan dan temuramah terus ke telefon bimbit anda.
Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram