“Sebab Saya Malaysia Kalah”
UltraSukan

Perseorangan wanita muda Malaysia, Wong Ling Ching tidak dapat menahan sebak selepas kem negara menamatkan kempen dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 hari ini.

Kontinjen badminton wanita negara terpaksa melupakan impian layak ke separuh akhir selepas disingkirkan Indonesia 3-0 di peringkat suku akhir.

Ling Ching berharap dapat menghidupkan peluang negara apabila mengatasi wakil Indonesia, Ester Nurumi Tri Wardoyo pada set pertama dengan keputusan 21-14.

Bagaimanapun, Ester mempamerkan kebangkitan dengan memenangi dua set berikutnya dengan keputusan 21-15 dan 21-16.

Mengakui ini kejohanan badminton berpasukan pertama yang disertainya, Ling Ching berharap untuk sekurang-kurangnya menyumbang satu mata dalam perlawanan ini tetapi tidak berhasil.

Meskipun tewas, beliau telah memberikan yang terbaik demi negara di atas gelanggang hari ini.

“Sebab sayalah, pasukan (badminton wanita) Malaysia kalah. Ini kali pertama saya bermain dalam acara berpasukan. Saya harap untuk aksi seterusnya, saya boleh sumbang satu mata kepada pasukan.

“Kita (sudah) berjuang tapi saya sudah beri yang terbaik,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Syifa Nasir.

Ling Ching ketika ini memegang status sebagai pemain perseorangan wanita ke-76 dunia.