Sebenarnya Gol Damsgaard Tidak Sah
Dunia
Advertisements

Perlawanan separuh akhir Euro 2020 membabitkan aksi Denmark menentang England menyaksikan ‘The Great Wall’ pasukan kendalian Gareth Southgate runtuh selepas mengharungi lima perlawanan tanpa sebarang bolos.

Semua mata tertumpu kepada gol mustahil jarak jauh yang dijaringkan pemain muda berbakat, Mikkel Damsgaard yang menewaskan penjaga gol Everton, Jordan Pickford menerusi satu sepakan percuma pada minit ke-30 sekaligus melenyapkan sorakan kira-kira 58,000 orang penyokong England.

Namun begitu, gol luar biasa ini menjadi satu perbualan hangat jurnalis di Eropah disebabkan ianya dilihat telah melanggar peraturan 13, IFAB’s Laws of the Game yang berkaitan dengan sepakan percuma.

Advertisements

Berdasarkan peraturan tersebut, terdapat ulang tayang yang menujukkan bahawa tembok penyerang pasukan Denmark mungkin menyebabkan pelanggaran ketika mereka mendekati tembok pertahanan England sebelum sepakan percuma Damsgaard dilepaskan.

Undang-undang rasmi tersebut menyatakan bahawa jika terdapat tiga atau lebih pemain pasukan bertahan membentuk tembok, semua pemain pasukan yang menyerang perlulah berada sekurang-kurangnya 1 meter dari tembok tersebut sehingga bola dimainkan.

Oleh yang demikian, berdasarkan peraturan 13 berkaitan sepakan percuma tersebut menyatakan bahawa sepakan percuma Damsgaard seharusnya tidak dikira kerana pemain pasukan Denmark tidak berjarak 1 meter dari tembok pertahanan England serta menghalang pandangan penjaga gol pasukan bertahan.

Advertisements

Sungguhpun kemenangan pasukan Denmark ditangguhkan, jaringan melangkaui hukum fizik ini wajar diberikan pujian kerana bukan perkara yang mudah bagi pemain berusia 21 tahun beraksi dengan cukup cemerlang di kejohanan berprestij di hadapan puluhan ribu penyokong pasukan lawan.

Beliau juga telah mencipta rekod peribadi sebagai pemain termuda menjaringkan sepakan percuma dalam kejohanan Euro/Piala Dunia dalam tempoh 40 tahun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram