Sebenarnya Gol Ke-3 JDT Hanya Melibatkan 4 Orang
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pertembungan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan KL City semalam mencuri tumpuan ramai para penyokong apabila pasukan pelawat berjaya menang dengan keputusan 3-0.

Pasukan Harimau Selatan tidak melepaskan tiga mata berharga apabila jaringan Jordi Akat, Endrick Dos Santos dan juga Arif Aiman meletakkan mereka dalam kedudukan selesa.

Walau bagaimanapun, jaringan yang dilakukan oleh pemain sayap lincah, Arif Aiman dilihat sebagai satu jaringan yang cukup siginifikan dengan pendekatan baharu yang diterapkan oleh pengendali, Tano Solari.

Advertisements

Gol ketiga JDT ini terhasil hanya melibatkan gerakan empat pemain yang memanfaatkan ruang dan kelekaan barisan pertahanan KL City sekaligus meraikan kemenangan penuh bergaya.

Gerakan yang bermula dengan tendakan penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi berjaya mencari rakan sepasukan, Syafiq Ahmad yang segera membuat hantaran kepada Ramadan Saifullah yang berada pada bahagian sayap kanan padang.

Advertisements

Beliau tidak menunggu lama apabila mengesan larisan deras Arif ke dalam kotak penalti sebelum melepaskan satu rembatan kencang menewaskan Kevin Ray Mendoza.

Perkara ini jelas dapat dikesan oleh pengendali The City Boys, Bojan Hodak yang memberitahu bahawa corak serangan JDT ketika ini sudah pun berubah.

Advertisements

“Ya jika kita lihat terdapat perbezaan dalam corak serangan JDT musim ini.”

“Jika kita lihat musim lalu, JDT lebih banyak menguasai bola tetapi musim ini mereka lebih terarah (direct). Mereka mendapat bola dan terus menghantar kepada barisan serangan,” jelasnya.

Advertisements

JDT bakal berkunjung ke Stadium Paroi hujung minggu ini bagi berdepan cabaran Negeri Sembilan sebelum menanti kunjungan Kelantan bagi aksi berikutnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram