Bojan Hodak Kesan Perubahan Mendadak Corak Serangan JDT
Liga Super
Haziq / MakanBola
Advertisements

Ketua jurulatih Kuala Lumpur City FC, Bojan Hodak melihat terdapat perubahan dalam corak serangan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Setelah mendapat suntikan pengendali baharu, Tano Solari pada musim ini, wajah serangan skuad Harimau Selatan dilihat lebih berbahaya.

Perkara ini terbukti apabila mereka berjaya meledak tiga gol yang cukup bermakna untuk menewaskan The City Boys di laman sendiri.

Advertisements

Mengulas lanjut, jurulatih kelahiran Croatia ini yakin JDT tidak lagi tampil hanya dengan penguasaan bola semata-mata.

“Ya jika kita lihat terdapat perbezaan dalam corak serangan JDT musim ini.”

“Jika kita lihat musim lalu, JDT lebih banyak menguasai bola tetapi musim ini mereka lebih terarah (direct). Mereka mendapat bola dan terus menghantar kepada barisan serangan,” jelasnya.

Advertisements

JDT kini telah pun mencatat kemenangan kali ke-4 berturut-turut berdepan KL City dengan rekod tanpa bolos sepanjang empat pertemuan tersebut.

Mereka kini bersaing sengit dengan Sabah dalam usaha mendapatkan tangga teratas liga sungguhpun baru dua perlawanan sahaja berlangsung.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram