Gwangju Bakal Ke ACLE Musim Depan
ACL
Gwangju FC
Advertisements

Selepas juara K-League 1, Ulsan Hyundai dan Pohang Steelers, satu lagi wakil Korea iaitu Gwangju FC mengesahkan kelayakan ke Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) musim depan.

Kejayaan itu dicapai selepas mereka menamatkan kumpulan kejuaraan K-League 1 di tempat ketiga menerusi keputusan seri tanpa jaringan dengan Pohang hari ini.

Gwangju tahu mereka perlu seri jika mahu meraih kedudukan ketiga. Jika tidak, mereka akan beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) musim depan.

Advertisements

Slot tempat ketiga menawarkan slot kelayakan tambahan ACLE selepas Pohang muncul juara Korean FA Cup.

Memandangkan mereka sudah layak ke ACLE sebagai juara kejohanan itu, maka slot tersebut diberi kepada pasukan tempat ketiga K-League 1.

Advertisements

Keputusan ini menggembirakan pemain dan staf kejurulatihan pasukan itu terutama jurulatih Lee Jung-hyo. Begitupun, beliau menganggap kerja keras ke ACLE sudah bermula dari sekarang.

“Ini masa krisis sekarang. Pada tahun hadapan, semua orang sudah bersedia sepenuhnya untuk kita dan jika kita menunjukkan kemajuan dalam ACL, sudah pasti akan ada pertanyaan untuk mendapatkan pemain muda daripada pasukan kita.

Advertisements

“Saya fikir ini akan menjadi krisis sukar tetapi ini juga satu peluang. Kita kena tetapkan matlamat untuk tahun hadapan.

“Kita mahu melakukan yang lebih baik daripada tempat ketiga dan anda mendaki kedudukan liga yang lebih tinggi daripada jatuh. Saya tak mahu kekal di takuk lama,” katanya seperti dipetik agensi berita Yonhap.

Advertisements

Jung-hyo berharap dengan pencapaian ini, ini bakal membawa kepada lebih banyak kemajuan dari segi infrastruktur pasukan termasuk pusat latihan.

Justeru, ini sesuatu yang diharap dapat direalisasikan oleh pemilik pasukan, kerajaan wilayah Gwangju demi kemajuan jangka panjang Gwangju FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram