Ads
Dunia
JDTTV

Pengendali Johor Darul Ta’zim, Benjamin Mora meluahkan rasa gembira apabila anak buahnya telah memberikan tiga mata buat JDT dalam aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Rabu.

Advertisements

Benjamin Mora menjelaskan walaupun kekurangan masa untuk membuat persiapan bersama, tetapi sekarang pasukan JDT mampu membuktikan mereka telah berjaya melakukan tugas yang sangat baik.

Advertisements

Dalam pada itu, beliau mengakui tidak mengambil serius tentang rekod KL City kerana bagi beliau itu tidak penting, yang penting fokus pasukan adalah untuk menang pertandingan.

Advertisements

Advertisements

“Kami sangat gembira mendapat tiga mata dan teruja kembali beraksi sekarang sebab sudah berehat agak lama disebabkan tugas bersama skuad kebangsaan.”

“Jadi, kita tidak mempunyai banyak masa untuk berlatih bersama tetapi sekarang kita berjaya melakukan tugas yang cukup baik.”

Advertisements

“Tetapi mengenai rekod Kuala Lumpur, saya tidak terlalu kisah sangat mengenai rekod sebab bagi saya sejarah dan rekod tidak akan memberi kami mata, jadi kami hanya fokus untuk menang sahaja,” katanya selepas perlawanan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.

Pada perlawanan kelmarin pemain import, Fernando Forestieri terus menjadi sandaran utama pasukan Harimau Selatan apabila menjadi watak penting buat JDT ketika menyumbang satu gol buat skuad Benjamin Mora.

Advertisements

JDT terus mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu Liga Super 2022 setelah menang kesemua perlawanan musim ini dan berjaya mengutip 9 mata secara keseluruhannya.


Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram