“Sekiranya Ng Tze Yong Bermain, Kecederaannya Akan Kekal” – Norza Zakaria
UltraSukan
BA Malaysia
Advertisements

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria melihat kesihatan jaguh perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong patut diutamakan terlebih dahulu.

Ini selepas beliau diminta mengulas tentang situasi kecederaan yang dialami Tze Yong dan peluangnya untuk layak ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

Bagi Norza, pemulihan kecederaan pemain perseorangan ke-16 dunia itu perlu diutamakan berbanding kelayakannya ke Sukan Olimpik.

Advertisements

Ini kerana jika Tze Yong dibenarkan bertanding, tidak mustahil kecederaan belakang yang dialaminya sukar dirawat dan memberi kesan negatif kepadanya untuk jangka masa panjang.

“Kita meletakkan kesihatan Ng Tze Yong lebih penting daripada kelayakan (Sukan Olimpik) tersebut.

Advertisements

“Sebab kita tidak mahu jika kita membenarkannya bertanding, itu akan menyebabkan kecederaan yang berkekalan ataupun kecederaan yang susah untuk kita rawat.

“Sebab itu kita mengambil pendekatan berhati-hati. Kita mendengar pandangan, nasihat dan laporan perubatan ISN (Institut Sukan Negara).

Advertisements

Kita berharap kita akan melaksanakan yang terbaik untuk Ng Tze Yong,” katanya kepada media di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara baru-baru ini.

Tze Yong dijangka menjalani pembedahan kecil pada bahagian belakang pada minggu ini. Dari situ, beliau akan menjalani tempoh pemulihan antara dua hingga enam minggu.

Advertisements

Disebabkan tempoh pemulihan yang lama, naib juara Arctic Open 2023 itu terpaksa melupakan French Open 2024 dan All England Championship 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram