Selamat Maju Jaya Dion Cools
MakanBola
Buriram United FC

Buriram United mengucapkan semoga berjaya buat kapten Harimau Malaya, Dion Cools.

Sebelum ini, Dion Cools telah memuat naik satu kenyataan di laman media sosial mengucapkan terima kasih kepada pihak Buriram United khususnya buat Presiden Kelab, peminat dan rakan sepasukan.

Malah, pertahanan berusia 28 tahun itu turut mengumumkan tidak lagi bersama Buriram United sebaik berakhirnya musim 2024-2025 ini melabuhkan tirainya dengan kejayaan meraih Quadruple.

Terkini, Buriram United menerusi sebuah hantaran balas pula mengesahkan perpindahan keluar Cools dan mendoakannya supaya terus cemerlang di dalam perjalanan karier pemain itu seterusnya.

”Selamat maju jaya, Dion Cools,” tulis pihak Buriram United dalam sebuah hantaran.

”Terima kasih untuk segala yang telah kami berikan kepada Buriram United. Semoga berjaya di tempat baharu.”

Walaupun tidak dinyatakan destinasi seterusnya buat Cools namun khabar angin bertiup kencang mengatakan tonggak utama Harimau Malaya itu akan menyertai Cerezo Osaka di Jepun.