Selamat Tinggal Zaquan Adha
Transfer
Negeri Sembilan FC
Advertisements

Negeri Sembilan FC sah memilih untuk melepaskan kapten dan penyerang veteran mereka, Zaquan Adha Abdul Radzak.

Keputusan itu diumumkan pengurusan Hoben Jang Hoben menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi pasukan itu hari ini.

“Terima Kasih, Zaquan Adha. Zaquan tidak akan bersama Negeri Sembilan FC mengharungi Liga Malaysia musim ini.

Advertisements

“Sepanjang kariernya bersama skuad Jang, Zaquan telah membantu pasukan memenangi Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia dan Liga Premier.

“Terima kasih, Zaquan atas segala jasa dan bakti. Semoga anda berjaya di dalam langkah kerjaya yang seterusnya,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Sejak kembali menyertai skuad Rusa pada Disember 2020, Zaquan telah merekodkan 43 penampilan dalam semua kejohanan dan menyumbat 29 gol.

Advertisements

Musim 2023 menyaksikan penyerang berusia 36 tahun itu terpaksa berehat panjang selepas mengalami kecederaan ligament krusiat anterior (ACL).

Selain Negeri Sembilan, Zaquan pernah mewakili Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Perak FC, KL City FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Beliau turut merekodkan 88 penampilan dan 12 gol bersama Harimau Malaya di peringkat antarabangsa.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram