Ads
Inspirasi
Azri / MakanBola

Pasukan Gergasi Liga Super, Selangor FC kini mempunyai sasaran yang lebih besar dalam membawa nama pasukan dan juga Malaysia ke pentas tertinggi bola sepak Asia.

Advertisements

Satu perkongsian telah dilakukan oleh calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua merangkap Menteri Besar Selangor sementara, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari berkenaan hala tuju bola sepak Selangor bagi 5 tahun mendatang.

Advertisements

Perkara ini terangkum dalam salah satu aspek yang ditekankan dalam manifesto oleh Gabungan Perpaduan di Selangor.

Advertisements

Advertisements

Antara aspek yang menjadi tumpuan para peminat The Red Giants adalah mengenai tawaran yang diberikan oleh kerajaan gabungan ini sekiranya berjaya menawan Selangor sekali lagi.

Menurut Amiruddin, projek pembangunan bola sepak juga menjadi antara perkara yang diutamakan dengan tiga sasaran besar menjelang tahun 2027 mahu dilaksanakan.

Advertisements

Selangor diletakkkan sasaran awal untuk menjulang aksi Sukan Malaysia (SUKMA) selain bakal meraih kejuaraan Liga Super dan Piala Malaysia menjelang tahun 2025.

Harapan terbesar buat bola sepak negeri tersebut apabila terdapat strategi untuk memastikan Selangor menjuarai kejohanan berprestij di Asia, Piala AFC menjelang tahun 2027.

Amiruddin yang juga merupakan Menteri Besar Selangor pada sesi 2019-2023 terus menawarkan pelbagai inisatif ketika melancarkan “Tawaran Kita Selangor: Lima Tekad Untuk Lima Tahun Selangor”, sebuah manifesto daripada gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) buat para pengundi di negeri Selangor.

Advertisements

Selangor pada masa yang sama berada pada landasan yang cukup baik apabila kini berada di tangga kedua Liga Super sekaligus menyalakan harapan untuk layak beraksi di Piala AFC 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram