Selangor Bawa Masuk Bekas Jurulatih Kelab Gergasi Greece
MakanBola
Panathinaikos FC

Selangor FC terus memperkuatkan barisan kejurulatihan pasukan itu dengan merekrut bekas jurulatih kecergasan Panathinaikos, Nicolas Maidana.

Kelibat jurulatih Uruguay berusia 37 tahun itu dalam sesi latihan The Red Giants dikongsikan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi untuk Nadi Bola: Latihan Pasukan.

Maidana dilihat memantau sesi latihan fizikal barisan pemain Selangor sebelum aksi terakhir Kumpulan A Shopee Cup menentang BG Pathum United.

Ini tugasan pertama Maidana di Asia selepas menghabiskan karier sebagai jurulatih kecergasan di Eropah dan Amerika Selatan.

Selain Panathinaikos, beliau juga pernah bekhidmat bersama Granada CF, Flamengo, Santos Laguna, Udinese, Club Nacional dan CA Boston River.

Maidana menjadi figura terbaru yang dibawa masuk Selangor untuk membantu jurulatih Korea Selatan, Kim Pan-gon.

Sebelum ini, kelab gergasi Lembah Klang itu turut membawa masuk rakan senegara yang juga bekas penganalisis Manchester City, Lee Soon-seok.

Claim Money Packet TnG