Selangor Berpotensi Lawan Gergasi Korea, Jeonbuk Hyundai Di Asia
Asia
Selangor/Jeonbuk Hyundai
Advertisements

Pasukan Liga Super, Selangor FC berpotensi untuk bertemu dengan jaguh Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai di pentas Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) tahun hadapan.

The Red Giants mengesahkan slot ke Asia untuk mengiringi JDT selaku juara bertahan Liga Super dengan skuad Harimau Selatan bakal beraksi di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).

Cabaran hebat menanti anak didik Tan Cheng Hoe apabila bakal berdepan lawan yang cukup hebat dengan beberapa pasukan lain sudah pun mengesahkan tempat ke kejohanan berprestij tersebut.

Advertisements

Antara pasukan yang sudah mengesahkan tempat ialah jaguh Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors yang muncul selaku tempat ke-4 dalam saingan K-League musim ini.

Pasukan yang beraksi di pentas ACL musim ini sudah pun mengesahkan tempat ke pusingan 16 terbaik selepas muncul naib juara kumpulan di belakang Bangkok United dengan 12 mata.

Keadaan ini bakal memberi ujian sebenar buat Selangor dengan beberapa pasukan lain seperti Sydney FC, Sanfrecce Hiroshima dan Lion City bakal tampil di kejohanan tersebut.

Advertisements

Kali terakhir Selangor beraksi di Asia adalah pada tahun 2016 namun terkandas pada peringkat kumpulan.

Menerusi satu kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal memaklumkan bahawa pasukannya tidak akan berbelanja besar bagi musim hadapan.

Pasukan juga bersedia untuk kehilangan beberapa tonggak utama namun sedang mengatur langkah untuk mencari pengganti.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram