Selangor Diikat Kelab Indonesia, PSIS Semarang
Dunia
PSIS FC
Advertisements

Perlawanan persahabatan antarabangsa hari ini melibatkan pertembungan antara kelab dari Malaysia, Selangor menentang kelab dari Indonesia, PSIS Semarang.

Aksi yang berlangsung di Stadium Jatidiri ini berakhir dengan keputusan seri dicatat kedua-dua pasukan.

Separuh masa pertama menyaksikan pasukan pelawat berjaya memecah kebuntuan menjaringkan gol pertama perlawanan. Jaringan Ahmad Danial Asri meletakkan Selangor mendahului 1-0 dihadapan.

Advertisements

Bersambung babak kedua, anak buah kendalian Tan Cheng Hoe bermula garang dengan jaringan Rauf Salifu pada minit ke-53 permainan untuk menjarakkan kedudukan.

Pasukan tuan rumah akhirnya menjaringkan gol pertama pada minit ke-61. Pemain tengah PSIS, Gian Zola memanfaatkan hantaran daripada Fredyan Wahyu sekaligus menewaskan penjaga gol Selangor, Sam Somerville.

Advertisements

Pada minit ke-72 permainan, Ayron Del Valle melengkapkan malam gemilang Selangor untuk jaringan ketiga Selangor. Rembatan kencang import berusia 34 tahun itu gagal diselamatkan penjaga gol PSIS Semarang, Rizky Darmawan.

Tak terhenti setakat itu, PSIS cuba bangkit selepas jaringan daripada pemain gantian, Riyan Ardiansyah yang berjaya melepaskan rembatan memanfaatkan keadaan kelam kabut di kawasan pertahanan Selangor.

Advertisements

Usaha anak buah Gilbert Agius merapatkan kedudukan untuk meraih keputusan seri membuahkan hasil apabila penyerang import gantian, Carlos Fortes meranapkan hasrat Selangor untuk mencatat kemenangan kali kedua di bumi Indonesia.

https://youtu.be/DQdUe2i5bNg?si=yemcHv868OXxhmBv

Perlawanan tamat, PSIS Semarang 3-3 Selangor.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram