Selangor Jadi Salah Satu Lawan Terengganu Bagi Aksi Pra-Musim 2024
Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Terengganu FC mengumumkan tiga pasukan yang bakal dihadapi mereka untuk aksi pra-musim di Lembah Klang bermula esok sehingga 4 April ini.

Menerusi satu pengumuman yang disiarkan di platform media sosial rasmi mereka, Terengganu bakal berhadapan Selangor FC II, PDRM FC dan Negeri Sembilan FC.

Skuad Penyu bakal menguji skuad Selangor II di padang latihan Merah Kuning esok. Ini disusuli aksi menentang PDRM pada 2 April ini.

Advertisements

Aksi pemanas badan ini akan diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Stadium ini menjadi gelanggang rasmi The Cops untuk musim 2024-2025.

Manakala Negeri Sembilan menutup kempen pra-musim Terengganu di Lembah Klang. Perlawanan akan berlangsung pada 4 April di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Selain aksi pra-musim di Lembah Klang, Terengganu turut mengatur kejohanan empat sebelah yang diadakan di Kuala Terengganu pada bulan hadapan.

Advertisements

Kejohanan ini bakal menampilkan Terengganu, Terengganu II, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Penang FC.

Sementara baki dua aksi persahabatan pada 28 April dan 3 Mei pula dijadikan sebagai medan menguji keberkesan sistem bantuan pengadil video (VAR) sebelum diperkenalkan dalam Liga Malaysia (Liga M).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram