Selangor Lepaskan 11 Pemain
MakanBola
Selangor FC

Selangor FC mengumumkan 11 orang pemain telah meninggalkan kelab secara rasmi selepas tamat kempen musim 2025/26.

Pengumuman itu dibuat menerusi satu kenyataan di laman sesawang rasmi pasukan itu. Antara yang sah meninggalkan Selangor ialah Mamadou Diarra, Samuel Somerville, Mohammad Abualnadi, Fazly Mazlan dan Kim Ji-ho.

Jeon Seung-min, Harry Danish, Mahame Siby, Raimi Shamsul, Picha Autra dan Omid Musawi melengkapkan senarai 11 pemain yang meninggalkan pasukan gergasi Lembah Klang itu.

“Kelab Bola Sepak Selangor (Selangor FC) hari ini mengumumkan perpisahan bersama 11 pemain yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan Gergasi Merah, mengharumkan nama kelab menerusi dedikasi, semangat juang dan komitmen tidak berbelah bahagi yang dipamerkan sepanjang menyarung jersi Merah Kuning.

“Musim berganti, pasukan berubah, dan perjalanan setiap pemain akhirnya membawa mereka ke haluan yang berbeza.

“Menjelang musim 2025/26, Selangor FC mengucapkan selamat tinggal kepada 11 pemain yang tidak akan bersama kelab iaitu Mamadou Diarra, Samuel Somerville, Mohammad Abualnadi, Fazly Mazlan, Kim Ji-ho, Jeon Seung-min, Harry Danish, Mahame Siby, Raimi Shamsul, Picha Autra dan Omid Musawi,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Semua pemain sudah mengucapkan selamat tinggal kepada Selangor dengan sesetengah daripada mereka telah menyertai pasukan baharu.

Picha, Abualnadi dan Somerville masing-masing menyertai Bangkok United, FC Corvinul Hunedoara dan DPMM FC. Ji-ho pula kembali ke Suwon Samsung Bluewings selepas tamat tempoh pinjaman.