Selangor dan pemain tengah, Picha Autra mengambil keputusan untuk dipinjamkan ke kelab Thailand.
Pengumuman ini dilakukan menerusi satu hantaran di laman media sosial Selangor FC yang menyaksikan Picha Autra dilepaskan ke Bangkok United untuk baki saingan liga musim ini.
”Pemain tengah bertahan, Picha Autra secara rasmi dipinjamkan ke Bangkok United (Thailand) bagi baki musim 2025/2026,” umum Selangor FC dalam satu kenyataan.
Untuk rekod, Picha Autra menyertai Selangor pada 22 Jun tahun lalu sebagai salah seorang rekrut baharu menjelang permulaan musim bagi memperkuat jentera tengah pasukan.
Selama 6 bulan bersama Selangor FC, Picha Autra berjaya merekodkan satu jaringan dan satu bantuan gol dalam 14 penampilan bagi kesemua kejohanan di Liga Malaysia musim ini.