Selangor Mula Atur Langkah ‘Ikat’ Lima Prospek Muda
Dunia
ahmadanialx
Advertisements

Kelab gergasi Lembah Klang, Selangor FC dilihat akan terus komited memberi peluang kepada bakat pemain muda bagi membarisi skuad mereka dalam saingan musim hadapan.

Menerusi ciapan di Twitter rasmi Selangor FC, antara pemain muda yang disenaraikan untuk kekal bersama Merah Kuning ialah Shahrul Nazeem, Danial Asri, Aliff Haiqal Lau, Mukhairi Ajmal dan Htet Aung. 

Nama-nama ini adalah antara nama yang banyak diberikan peluang beraksi di pentas Liga Super dan Piala Malaysia musim ini buat Selangor. Kematangan yang ditonjolkan para pemain ini jelas terbukti berdasarkan jumlah permainan yang diberikan kepada mereka rata-rata sudah melebih 19 penampilan bersama pasukan.

Advertisements

Minit permainan yang diberikan sebelum ini kepada para pemain disambut baik oleh ramai pihak terutamanya bagi peminat bola sepak tempatan. Hal ini jelas terbukti boleh memberikan impak yang besar dimana ia dapat mencungkil lebih ramai bakat pemain muda.  

Dalam pada itu, pihak pengurusan menyatakan bahawa para pemain ini perlu memanfaatkan peluang yang telah diberikan untuk terus memberikan yang terbaik buat pasukan pada musim hadapan. 

Kontrak jangka masa yang panjang yang diberikan merupakan satu tindakan yang bijak daripada Selangor FC sebelum pemain-pemain ini disambar mana-mana pasukan lain.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram