Selangor Rancang Menyerang Bertemu JDT
Piala FA
Selangor FC
Advertisements

Dengan rekod 100% dalam liga dan 54 gol setakat ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) FC satu pencabar sukar buat Selangor FC di pentas separuh akhir Piala FA. Tetapi tatkala sesetengah pasukan memilih untuk bertahan bila berdepan Harimau Selatan, Red Giants pula memilih sebaliknya.

Menurut jurulatih Merah Kuning, Tan Cheng Hoe, beliau mengakui jentera serangan JDT FC tahun ini amat ampuh. Selangor FC sudah merasa penangannya apabila dibelasah Harimau Selatan 4-0 dalam perlawanan Liga Super pada 17 Mac lalu.

Tetapi dengan tiket final Piala FA menjadi taruhan, Cheng Hoe mengingatkan Red Giants bukan saja perlu bertahan. Malah, mereka perlu mencari strategi serangan yang berkesan untuk menewaskan JDT FC dan sekaligus layak ke final.

Advertisements

“Kalau kita lihat dari segi serangan JDT (FC) tahun ini, cukup ketara sekali terutama dengan jaringan mereka dalam liga yang begitu banyak. Kalau kita lihat, mereka cuma dibolosi sekali di laman mereka.

“Itu sebab kalau boleh, kita pergi bukan dengan strategi bertahan sahaja. Untuk kita layak ke peringkat seterusnya, kita perlu menyerang juga.

“Sudah tentu kita kena berhati-hati dari segi serangan juga kerana kalau kita lihat peralihan serangan JDT (FC) cukup baik,” katanya kepada Astro Arena.

Advertisements

Selangor FC bakal menentang JDT FC di Stadium Sultan Ibrahim pada 26 Jun ini. Pasukan pemenang yang layak ke final bakal menanti pemenang antara KL City FC dan Terengganu FC dalam satu lagi aksi separuh akhir Piala FA.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram