Selangor Rekrut Bekas Tonggak Sunderland, Arbenit Xhemajli
MakanBola
Selangor FC

Selangor FC terus memantapkan barisan pertahanan pasukan itu dengan membawa masuk bekas bek tengah Sunderland, Arbenit Xhemajli.

Perpindahan pemain pertahanan berusia 28 tahun itu diumumkan pengurusan Merah Kuning di semua platform rasmi pasukan itu.

“Selangor FC membawa masuk enjin Eropah hebat untuk musim 2026/27 dengan mendapatkan bek tengah antarabangsa Kosovo, Arbenit Xhemajli,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Xhemajli menghabiskan majoriti kariernya di Eropah. Selain Sunderland, beliau pernah beraksi untuk KF Egnatia, FC Zurich, FC Vaduz dan Neuchatel Xamax.

Sebelum menyertai Selangor, Xhemajli mewakili Egnatia sebanyak 124 kali, menjaringkan tiga gol dan mencipta empat bantuan gol.

Beliau juga pernah merasai pengalaman beraksi di Eropah semasa mewakili Vaduz. Beliau merekodkan tiga penampilan di pentas Liga Konferens Europa UEFA (UECL) pada musim 2022/23.

Xhemajli menjadi pemain import terbaru Selangor selepas Eduardo Sosa, Peter Makrillos dan bek tengah Filipina, Jefferson Tabinas.