Advertising
Selangor Rekrut Pemain Brazil, Evandro Borges
UltraSukan
Selangor FC Futsal
Sponsors

Skuad futsal Selangor mengumumkan kehadiran pemain import pertama pasukan, Evandro Borges dari Brazil.

Pengumuman ini dibuat menerusi satu hantaran di media sosial Selangor Futsal yang menyaksikan kelibat Evandro memakai jersi Merah Kuning sambil menjawab beberapa soalan.

Ad

”Pemain import pertama yang kami ingin perkenalkan dari sebuah pasukan ternama Brazil dan ini adalah kali pertama beliau berkelana.”

Ad

”Kami persembahkan, Evandro Borges,” umum Selangor Futsal.

Di dalam video pengenalan itu, Evandro berkata pelawaan dari pasukan Selangor amat sukar ditolak melihat kepada pengalaman baharu beraksi di luar Brazil.

Ad

”Ketika saya ditawarkan oleh Selangor, saya melihat tawaran ini sukar untuk ditolak bagi menikmati satu pengalaman yang tak pernah dimiliki,” kata Evandro.

Ad

”Selangor adalah kelab besar di Malaysia, salah satu pasukan terbaik di sini, oleh itu saya memilihnya demi karier saya,” ujar bekas pemain Jec Krona Futsal.

Ad

Kehadiran Evandro bagi mengisi slot dua pemain import The Red Giants bagi musim 2025 setelah Wellington Pereira dan Gabriel Rossa mengambil keputusan untuk berhijrah di akhir musim lalu.

Evandro juga merupakan pemain ke-5 baharu Selangor bagi menghadapi musim 2025 ini setelah ketibaan Nazreen Saudi, Farhan Khairul Anuar, Haiqal Hasnor dan juga Saiful Nizam.