Advertising
Selangor Ucap Selamat Datang Ke Asia
ACL
MakanBola
Selangor FC

Selepas sekian lama, Selangor FC akhirnya kembali mewarnai saingan peringkat Asia pada musim hadapan.

Kejayaan ini diraih selepas skuad Merah Kuning meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Kedah Darul Aman FC (KDA FC) hari ini.

Dengan kemenangan tersebut, kedudukan Selangor sebagai penghuni tempat kedua Liga Super musim ini sukar dicabar dengan 58 mata, lima mata di hadapan Kedah.

Ad

The Red Giants bakal mewarnai saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2), nama baru Piala AFC yang diperkenalkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada awal tahun ini.

Ad

Pasukan tempat kedua liga memperoleh slot ini selepas juara liga, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) muncul juara Piala FA 2023.

Ad
Ad

Mengikut peraturan AFC, jika juara liga turut menjulang kejohanan domestik yang menawarkan tiket ke ACL2, maka slot tersebut akan diserahkan kepada naib juara liga.

Ad

Kali terakhir Selangor beraksi di peringkat Asia ialah pada musim 2015-2016 menerusi saingan Piala AFC.

Sejak itu, skuad Merah Kuning berusaha merealisasikan cita-cita ini menerusi perlantikan mendiang B. Sathianathan, Karsten Neitzel dan Michael Feichtenbeiner sebagai jurulatih tetapi gagal.

Namun begitu, matlamat Selangor kembali ke Asia akhirnya tercapai di bawah bimbingan Tan Cheng Hoe.

Dengan sasaran ini sudah dicapai, The Red Giants boleh menamatkan kempen Liga Super tanpa sebarang tekanan pada 17 Disember. Perlawanan hari itu menyaksikan Selangor berdepan finalis Challenge Cup, PDRM FC.