Selepas Hilang Jurulatih, Kelantan United Kini Hilang Ayam Tambatan
Transfer
Kelantan United
Advertisements

Pada minggu lalu, Kelantan United FC telah pun mengumumkan bahawa jurulatih dari Brazil, Ailton Silva meletakkan jawatan sebagai jurulatih skuad Liga Super selepas persetujuan bersama dapat dicapai.

Namun hari ini, peminat Sang Kijang Hijau dikejutkan lagi dengan berita mengenai pemain import lincah dari Filipina, OJ Porteria yang turut meninggalkan pasukan walaupun saingan Liga Super masih berbaki dua perlawanan.

Berita tersebut telah dikongsikan Kelantan United di laman Instagram rasmi kelab. OJ Porteria dilaporkan telah mendapat tawaran kontrak lebih baik bersama kelab lain dan dilepaskan Kelantan United melalui satu persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak lebih awal.

Advertisements

Melalui satu laporan yang dikongsikan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, OJ dikatakan bakal menyertai pasukan Liga 1 Indonesia, Dewa United FC.

“Deadline Day, difahamkan pemain kebangsaan Filipina OJ Porteria bakal lengkapkan perpindahan ke kelab Liga 1 Indonesia, Dewa United FC selepas meninggalkan Kelantan United,” lapor Zulhelmi di laman X milik beliau.

Pemain berusia 29 tahun ini telah membuat 25 penampilan dan menjaringkan tujuh gol serta 3 bantuan gol dalam semua kejohanan buat Sang Kijang Hijau bagi saingan musim 2023.

Advertisements

Nama OJ juga turut tidak tersenarai dalam aksi terkini Kelantan United ketika bertemu Kuala Lumpur City FC baru-baru ini. Perlawanan tersebut berakhir dengan kekalahan besar 0-3.

Kelantan United akan meneruskan baki saingan Liga Super musim ini dengan aksi bertemu Negeri Sembilan pada 1 Disember sebelum menutup musim 2023 dengan menentang Kelatan FC pada 16 Disember.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram