Advertisement
Senarai 25 Pemain E. Elavarasan Ke Piala AFF Curi Perhatian
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Senarai pemain muda Malaysia yang bakal membawa cabaran negara ke pentas Piala AFF bawah 23 tahun negara kembali mencuri perhatian.

Pasukan bimbingan E. Elavarasan telah membuat keputusan untuk menyenaraikan 25 pemain yang dipanggil bagi menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya B-23.

Antara nama yang mencuri tumpuan ialah kelihat beberapa nama besar seperti Fergus Tierney, Daryl Sham, Zikri Khalili dan Azim Al-Amin tersenarai.

Elavarasan juga membuat keputusan untuk membawa muk baharu iaitu Hazil Abu Zaid yanh beraksi bersama Imegresen FC.

Persaingan sengit ini bagaimanapun dihiasi dengan ketiadaan nama-nama besar seperti Luqman Hakim, Nooa Laine dengan pemain seperti Harith Haiqal, Faiz Amer, Azhad Harraz dan Firdaus Irman hanya berada dalam senarai menunggu.

Latihan pusat akan bermula Ahad, 13 Ogos 2023 untuk Kejuaraan B-23 AFF 2023 di Rayong, Thailand bermula 17 hingga 26 Ogos 2023.