Senarai Akhir 23 Pemain Malaysia Di Piala Asia B-23 Curi Tumpuan
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Senarai akhir 23 orang pemain Malaysia ke Piala Asia B-23 mencuri tumpuan peminat bola sepak tanah air.

Skuad kendalian Juan Torres akan mengharungi kempen Piala Asia B-23 di Qatar dengan barisan terbaik sungguhpun tanpa kehadiran beberapa pemain.

Menerusi kemas kini yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), terdapat gabungan beberapa muka baharu dan lama dalam skuad kali ini.

Advertisements

Malaysia B-23 membawa tiga penjaga gol berbakat iaitu Sikh Izhan, Azim Al-Amin dan Firdaus Irman sementara Rahadiazli terpaksa disisihkan akibat kecederaan.

Posisi pertahanan pula diketuai oleh Harith Haiqal bersama beberapa watak penting iaitu Aiman Yusni, Ubaidullah Shamsul, Safwan Mazlan, Saiful Jamaluddin, Zikri Khalili dan Azrin Afiq.

Bahagian tengah negara pula bakal digalas oleh pemain-pemain seperti Najmudin Akmal, Nooa Laine, Umar Hakeem, Syahir Bashah, Daryl Sham dan kapten pasukan, Mukhairi Ajmal.

Advertisements

Malaysia B-23 membawa beberapa pilihan di bahagian serangan iaitu T. Saravanan, Aliff Izwan, Luqman Hakim, Alif Zikri, Fergus Tierney dan juga Haqimi Rosli.

Harimau Malaya B-23 membawa cabaran Malaysia pada kempen Piala Asia B-23 2024 di Doha, Qatar bermula 15 April hingga 3 Mei 2024.

Aksi pertama skuad muda negara menyaksikan Malaysia B-23 akan bertemu Uzbekistan B-23 pada 17 April 2024 jam 9 malam.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram