Seorang Lagi Bintang Kelantan Melangkah Pergi
Liga Super
TRW Kelantan FC
Advertisements

Persiapan Kelantan FC menentang Sabah FC malam ini terjejas apabila pemain tengah Indonesia, Natanael Siringoringo bakal meninggalkan kelab itu sebagai ejen bebas.

Perkara ini diumumkan oleh ejen Natanael, 2Touch International menerusi satu hantaran di Instagram semalam.

Selain mengumumkan status terbaru bekas pemain Dewa United itu, 2Touch International turut memulakan usaha menyaman pengurusan skuad Kijang kerana gagal melunaskan gaji Natanael.

Advertisements

“Nael bakal meninggalkan Kelantan FC dalam masa terdekat. Peguam-peguam 2Touch Internatioal telah memulakan prosiding undang-undang terhadap Kelantan FC disebabkan gagal membayar gaji beliau.

“Walaupun telah diberi notis 15 hari, tiada jalan penyelesaian yang dicapai. Akibatnya, Natanael akan menjadi ejen bebas. Ketika ini, beliau sedang berunding dengan beberapa kelab di Malaysia, Thailand dan Singapura.

“Kita berharap Natanael dapat berjaya dalam usaha beliau yang seterusnya,” kata 2Touch International dalam satu kenyataan.

Advertisements

Sebaik kenyataan ini selesai dimuatnaik, ramai bekas pemain dan staf pasukan The Red Warriors mengucapkan selamat berjaya kepada Natanael untuk pilihan kelab beliau yang seterusnya.

Antara yang berbuat demikian ialah bekas penolong jurulatih Kelantan, Rezal Zambery Yahya dan Ikhwan Yazek.

Natanael merekodkan 10 penampilan dalam semua kejohanan Liga Malaysia (Liga M) musim ini. Penampilan terakhir beliau ialah sebagai pemain gantian dalam aksi Challenge Cup menentang Kelantan United FC pada 18 September lalu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram