Seorang lagi penyerang import bakal menghangatkan saingan Liga Super Malaysia.
Perkara ini telah disahkan oleh Kelantan Darul Naim (KDN) selepas memberikan perkhabaran bahawa seorang lagi tonggak import bakal dibawa masuk.
Baru-baru ini, Kelantan DN telah mengumumkan ketibaan 5 pemain baharu dengan dua daripadanya pemain import iaitu Layth Kharoub dan juga Aung Kaung Mann.
3 orang pemain berbakat Malaysia juga berjaya ditandatangani iaitu Hakimi Abdullah, Muhaimin Izzuddin dan juga Fikri Che Soh.
Kelantan DN dalam satu kenyataan memberi bayangan awal bahawa seorang lagi pemain import baharu bakal dibawa masuk untuk memperkemas posisi serangan pasukan.
“KDN FC akan mendaftarkan seorang lagi pemain import di posisi serangan.
“KDN FC II juga akan membawa masuk seorang pemain tempatan dalam masa terdekat jika tiada sebarang masalah,” ujar kelab dalam satu kenyataan.
Ketika ini, Kelantan DN yang dibimbing oleh Park Jae-hong optimis untuk 6 pemain import untuk skuad utama dan juga dua orang import untuk KDN II.