Satu kejadian unik berlaku dalam saingan Liga Utama Czech apabila pemain pasukan SK Slavia Praha diherdik sampai pintu berlubang oleh pengurus pasukan, Jindřich Trpišovský.
FC Slovacko terlebih dahulu menjaringkan jaringan apabila penjaga gawang Slavia gagal menjaga gawangnya dari dibolosi seawal minit ke-11.
Walaupun Slavia berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti sebelum separuh masa pertama tamat, pengurus pasukan Slavia nyata tidak gembira dengan aksi longlai pemainnya.
Trpišovský yang tidak boleh sabar dengan pemainnya memaki hamun dengan wajah merah padam sehinggakan pintu bilik persalinan disepak hingga pecah.
Pemain Slavia yang gentar dengan amukan pengurus kembali bangkit pada separuh masa ke-2 dengan melakukan 2 jaringan sekaligus menang 2-3 dalam perlawanan penting ini.
“Sepakan separuh masa pertama yang memberikan 3 mata. Kadang kala ia menjadi keperluan untuk menaikkan suara pada perlawanan yang sukar dan penting. Kami memohon maaf kepada tuan rumah :)”, jelas @michalbycek di Twitter.
Wajah pengurus pasukan Slavia ini nyata misteri dengan senyuman yang penuh makna seakan-akan menahan sesuatu.