(Foto Liridon) Sesi Latihan Newcastle Jets- Persediaan Menentang Melbourne Victory

Syafiq Freman
@syafiqfreman
11:56pm 09/04/2021

Pemain Johor Darul Ta’zim yang dipinjamkan ke Newcastle Jets, Liridon Krasniqi dan Syahrian Abimanyu sekali lagi tersenarai dalam skuad akhir menentang pasukan tercorot liga, Melbourne Victory pada Sabtu ini.

Liridon ketika sesi latihan pada hari Jumaat 9 April 2021. Gambar oleh NewCastleJetsFC.com.au

Pasukan Newcastle Jets tewas dalam 6 perlawanan terakhir dan perlawanan menentang Melbourne Victory amat penting buat jurulatih pasukan, Deans untuk kembali bangkit dari deretan kekalahan ini.

Liridon telah beraksi sebanyak 4 perlawanan melibatkan saingan A-League manakala Syahrian Abimanyu sebanyak 1 perlawanan.

Perlawanan bakal dilangsung pada Sabtu (10 April 2021) pada jam 1:00 petang waktu Malaysia.

Senarai Pemain Terpilih Menentang Melbourne Victory:

1.Lewis ITALIANO (gk), 3.Jason HOFFMAN, 6.Steven UGARKOVIC, 8. Liridon KRASNIQI, 9.Roy O’DONOVAN, 11.Ramy NAJJARINE, 14.Ali ABBAS, 16.Matt MILLAR, 17.Valentino YUEL, 20. Syahrian ABIMANYU, 21.Luka PRŠO, 22.Lachlan JACKSON, 23.Jack DUNCAN (gk), 24.Connor O’TOOLE, 26.Archie GOODWIN, 28.Blake ARCHBOLD, 32.Angus THURGATE, 33.Apostolos STAMATELOPOULOS, 44.Nikolai TOPOR-STANLEY (c), 51.Jordan LENNON.