Shahrel Fikri Berhijrah Ke PDRM
Transfer
PDRM FC
Advertisements

Peyerang tempatan, Shahrel Fikri memilih untuk menyarung jersi PDRM FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2024/2025.

Berita perpindahan masuk bekas penyerang Negeri Sembilan ini diumumkan oleh PDRM FC menerusi satu hantaran video dan foto yang dimuatnaik di media sosial rasmi pasukan.

”Kami dengan berbesar hati mengumumkan penambahan beberapa pemain tempatan yang baharu bagi saingan Liga Super 2024/2025 yang akan datang. Mereka semua sudah menyertai sesi latihan bersama rakan sepasukan yang lain. Selamat datang ke PDRM FC!,” tulis PDRM di laman Instagram.

Advertisements

Shahrel yang memakai jersi putih dengan tulisan The Cops diperkenalkan secara rasmi di dalam video berkenaan beserta nombor jersi baharu yang akan digunakan olehnya, iaitu nombor 10.

Pemain berusia 30 tahun ini beraksi bersama Negeri Sembilan musim lalu dan mencatatkan tujuh gol dan dua bantuan jaringan dalam 19 penampilan dalam semua kejohanan.

Selain Negeri Sembilan, beliau juga pernah menyertai pasukan Selangor, Perak, PKNP selain pernah dipinjamkan ke Thai League 1 untuk beraksi bersama Nakhon Ratchasima pada tahun 2018.

Advertisements

Bekas penyerang terbaik ABK 2020 ini turut memiliki berpengalaman beraksi di pentas antarabangsa ketika mewakili skuad kebangsaan dengan kali terakhir beliau dipanggil pada aksi persahabatan di Terengganu tahun lalu.

Selain Shahrel, sembilan pemain tempatan yang turut menyertai The Cops adalah Bryan See, Asri Muhamad, Robson Randy Rining, Badrul Affendy, Zuhair Aizat, Shafizi Iqmal, Eizrul Ashraf, Hidhir Idris dan Christopher Keli.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram