Shahrom Kalam: Perang Psikologi? Baddrol Dan Aidil Boleh ‘Settle’
Dunia
FAM
Advertisements

Dalam satu rancangan Cakap Harimau di live Facebook Cakap Sukan, bekas pertahanan skuad kebangsaan, Shahrom Kalam tampil mengulas berkenaan perang psikologi yang berlaku pada kempen Piala AFF kali ini. Debaran kian terasa apabila Malaysia dijadualkan bertemu musuh tradisi, pasukan Indonesia pada esok.

Shahrom menjelaskan bahawa kepimpinan yang ada pada Aidil dan Baddrol akan terus ditagih dalam pasukan lebih-lebih ketika di luar padang. Menurut Shahrom, Aidil dan Baddrol mempunyai semangat juang yang tinggi.

“Saya rasa pasukan kebangsaan ketika ini adanya Aidil, ada Baddrol Bakhtiar. Dua pemain ini saya sangat kenal dia. Mereka ini ada jiwa fighter, fighting spirit mereka sangat tinggi. Jadi sebagai leader saya rasa diorang tahu bagaimana mahu uruskan perkara itu.”

Advertisements


Bekas pemain Selangor ini juga menegaskan bahawa Aidil dan Baddrol bijak mengurus situasi yang melanda kem negara ketika ini. Baddrol dan Aidil sendiri tahu bagaimana untuk memotivasi setiap pemain untuk beraksi bermati-matian esok hari.

“Tapi saya rasa kalau benda macamtu (Perang Psikologi) Badd boleh settle punya. Dia mesti boleh uruskan budak-budak dia dan dia tahu cakap macammana. Saya rasa Baddrol Bakhtiar tahu cara nak push diorang punya semangat. Begitu juga Aidil.”

Ketika ditanya berkenaan situasi di dalam bilik persalinan, Shahrom menjelaskan bahawa bilik persalinan merupakan tempat terbaik untuk membakar semangat para pemain. Sehari sebelum perlawanan juga sudah bermula, pemain-pemain senior dalam pasukan menjalankan tugas, menasihati dan memberi semangat kepada para pemain lain.

“Betul dan kapten bermula hari ini kita dah boleh tengok body language para pemain. Kita kena menang dan kapten perlu release pemain-pemain. Kita dah mula tune pemain-pemain ni dan Bad Aidil tahu tugas mereka.”

Advertisements

Misi wajib menang buat skuad negara berdepan Indonesia esok hari bagi perlawanan terakhir kumpulan B. Malaysia akan bertemu Indonesia pada jam 8.30 malam di Stadium Nasional Singapura.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram