Shahrul Nizam Pamer Kualiti Tersendiri  Kemudi Benteng Terengganu
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Pertahanan tengah pasukan Terengganu FC, Shahrul Nizam Roshasni kini menjadi sandaran utama pasukan untuk mengemudi prestasi cemerlang pasukan ketika ini.

Pemain berusia 24 tahun itu kini menjadi pilihan utama ketua jurulatih, Nafuzi Zain untuk mengemudi benteng pertahanan pasukan.

Bekas pertahanan bawah 23 tahun kebangsaan ini jelas berada dalam kelas tersendiri apabila kekebalan beliau sukar ditembusi oleh barisan pertahanan lawan.

Advertisements

Shahrul juga membentuk gandingan yang cukup mantap bersama Pape’ Diakite di bahagian pertahanan.

Malah, keberanian beliau untuk menutup ruang selain kebijaksaannya untuk membaca gerakan penyerang lawan telah membantu kebangkitan pasukan dari Pantai Timur itu.

Ini juga terbukti apabila beliau berjaya menghampakan harapan pasukan Kedah Darul Aman FC dengan merantai gerakan penyerang import mereka, Ronald Ngah Wanja dengan amat baik.

Advertisements

Setakat ini, Shahrul sudah pun beraksi sebanyak 7 perlawanan musim ini dan mencatatkan 6 rekod tanpa bolos buat pasukan.

Pada musim lalu, beliau menjadi pemain paling banyak melakukan hadangan dalam saingann Liga Super dan prestasi ini berjaya dikekalkan olehnya sehingga saingan musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram