Shahrul Saad Kembali Berlatih, Bakal Buat Kemunculan Bersama JDT
Dunia
MakanBola
Instagram: @officialjohor
Advertisements

Pertahanan tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd Shahrul Mohd Saad dilaporkan sudah menjalani latihan sekaligua bakal menamatkan penantian penyokong bola sepak tanah air yang merindui aksi kebalnya di atas padang.

Shahrul yang melengkapkan perpindahan dari pasukan Perak FC bersama-sama seorang lagi rakan sepasukannya, Guilherme De Paula. Namun begitu, kecederaam yang melanda pemain berusia 28 tahun ini menyebabkan penampilan pertama beliau bersama pasukan barunya itu ditangguhkan.

Advertisements

Menurut laman rasmi Johor Darul Ta’zim (JDT) di Instagram, kelibat pemain yang mesra disapa ‘Badak’ ini telah mula menjalani latihan sejak beberapa hari lalu. Hal ini sekaligus menimbulkan keterujaan buat para peminat Harimau Selatan untuk melihat kemunculan pertama beliau.

View this post on Instagram

A post shared by JOHOR DARUL TA’ZIM FC (@officialjohor)

Advertisements

Pemain pertahanan kebangsaan ini dikhabarkan mengalami kecederaan lutut yang memaksa beliau untuk diketepikan dalam beberapa bulan. Namun begitu, kualiti perubatan dan kepakaran yang ada di kelab tersebut telah membantunya untuk pulih dengan lebih awal.

Terdapat juga beberapa komen yang dilontarkan oleh peminat yang menunjukkan tanda sokongan kepada Shahrul Saad. Selain itu, penyokong juga berharap agar beliau dapat memberikan aksi yang terbaik jika diturunkan dalam masa terdekat.

Advertisements

Pasukan JDT dijangka bakal meneruskan perlawanan ke-19 Liga Super dengan melayan kunjungan PJ City FC di Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu ini.

Advertisements

Kemenangan pastinya menjadi idaman jurulatih, Benjamin Mora dalam usaha untuk terus melebarkan kedudukan dengan pesaing terdekat.

Advertisements

Sungguhpun begitu, kelibat Shahrul Saad masih tidak dapat dipastikan sama ada beliau bakal diturunkan atau tidak pada perlawanan terdekat. Ini juga melihat kepada barisan pertahanan JDT yang sedia ada bebas daripada sebarang kecederaan.

View this post on Instagram

A post shared by shahrulsaad (@shahrulsaad)

Advertisements

News Comments Account