Aksi Keras Shahrul Saad Rantai Kelibat Penyerang Kawasaki Frontale Jadi Tumpuan
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Penampilan pertahanan pasukan kebangsaan, Shahrul Saad dalam kempen Liga Juara-Juara Asia (AFC) musim ini mencuri tumpuan apabila menjadi watak penting untuk membantu JDT mengikat Kawasaki Frontale semalam.

Pertahanan berusia 28 tahun itu sedang berada dalam prestasi terbaiknya selepas kembali pulih daripada kecederaan yang membelenggunya sejak melengkapkan perpindahan ke pasukan Harimau Selatan pada musim lalu.

Keputusan Benjamin Mora untuk memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pertahanan kelahiran Perak ini untuk mengemudi benteng pertahanan selain membentuk gandingan yang sangat mantap bersama Matthiew Davies dan juga Shane Lowry nyata membuahkan hasil.

Advertisements

Kematangan dan keupayaan beliau untuk memenangi perebutan bola di udara selain kebijaksanaan beliau untuk membaca gerakan barisan penyerang lawan menyebabkan Kawasaki Frontale gagal mencetak gol.

Shahrul yang ditugaskan untuk merantai kelibat penyerang berpengalaman Kawasaki, Leandro Damiao menjalankan tugas dengan cemerlang selepas pemain itu tidak mendapat ruang dan peluang untuk melakukan percubaan tepat sepanjang 90 minit permainan.

Bukan itu sahaja, dalam 6 percubaan yang dilancarkan ke arah gawang gol JDT, tiada satu pun percubaan yag tepat dalam dakapan Farizal Marlias sekaligus mencerminkan keampuhan barisan pertahanan JDT.

Advertisements

Selepas 3 perlawanan peringkat kumpulan, beliau dilihat sudah pun menjadi pilihan utama Mora untuk terus mengemudi benteng pertahanan selain rekod hanya dibolosi satu gol sahaja selepas 3 perlawanan wajar mendapat kredit.

Konsistensi JDT dalam saingan kali ini menjadi pencapaian terbaik pasukan sejak kali pertama beraksi pada tahun 2019.

Kini mereka berjaya mengekalkan rekod tanpa tewas dalam setelah beraksi dalam 3 perlawanan saingan kumpulan dan mengumpul 7 mata secara keseluruhannya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram