Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal hadapi cabaran Shan United yang dilihat dalam prestasi berbeza di pentas domestik dan antarabangsa.
Pertembungan JDT vs Shan United bakal menjadi tumpuan para peminat ketika mana skuad Harimau Selatan pastinya ingin meneruskan rentak cemerlang dalam kempen Shopee Cup musim ini.
Kedudukan semasa kumpulan B menyaksikan JDT berada di tangga ke-2 dengan mengutip 7 mata hasil dua kemenangan dan satu keputusan seri dalam aksi terakhir menentang Svay Rieng.
Berbeza pula dengan Shan United yang ketika ini berada di tangga tercorot kumpulan B tanpa mengutip sebarang mata setelah 3 kekalahan yang dicatatkan oleh wakil dari Myanmar ini.
Jika dilihat di atas kertas, JDT memiliki kelebihan besar bagi memungut 3 mata di laman sendiri berdasarkan kedudukan terkini skuad Harimau Selatan dan Shan United di kumpulan B.
Walau bagaimanapun, prestasi semasa Shan United kini tidak boleh dipandang sebelah mata tatkala skuad bimbingan Han Win Aung ini tidak tewas dalam 6 perlawanan terakhir di Liga Myanmar.
Menariknya, Shan United merupakan satu-satunya pasukan yang masih belum tewas dalam saingan Myanmar National League musim ini dan berada di kedudukan kedua dengan 36 mata.
Aksi JDT vs Shan United pada 29 Januari ini pastinya akan menjadi tumpuan untuk menyaksikan dua pasukan terkuat dari Malaysia dan Myanmar bertempur bagi merebut 3 mata.