Shane Lowry Keras Macam Batu, Buat Barisan Serangan Ulsan Mati Kutu
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain pertahanan import JDT, Shane Lowry terus menjadi kunci kepada kejayaan JDT apabila beliau memperagakan aksi yang sangat meyakinkan untuk membantu Harimau Selatan menewaskan Ulsan Hyundai dengan keputusan 2-1.

Beliau yang turun dalam kesebelasan utama pasukan beraski dalam sistem 3 pertahanan tengah yang digunakan oleh pengendali, Benjamin Mora kelihatan membuahkan hasil.

Gandingan sehati sejiwa bersama Shahrul Saad dan juga Matthew Davies jelas memberi impak yang cukup besar menerusi beberapa halangan penting yang membantu pasukan untuk tidak bolos.

Advertisements

Malah, persefahaman yang baik wujud antara beliau dan juga Crobin Ong di bahagian kiri padang telah menyukarkan hasrat gergasi Korea itu untuk pulang dengan 3 mata.

Pemain kelahiran Australia itu terus mendapat kepercayaan oleh Mora dan itu tidak disia-siakannya menerusi aksi bertenaga sepanjang 90 minit permainan.

Beliau telah pun melakukan 4 pengeluaran dola dalam zon bahaya, satu halangan sepakan oleh pemain Ulsan serta dua bentesan penting untuk menyelamatkan kubu JDT yang dikawal oleh Farizal Marlias.

Advertisements

Malah, sepanjang perlawanan, Lowry telah pun melakukan 5 perebutan bola dan menang 4 daripadanya selain berjaya merekod 100% kemenangan bola di udara.

Prestasi ampuh beliau ini telah membawa kepada kejayaan JDT yang hanya bolos satu gol untuk mengesahkan kemenangan dan mara ke peringkat seterusnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram