Shin Tae-yong Arahkan Jordi Amat  Dinaturalisasikan
Dunia
Kompas
Advertisements

Jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong mahu PSSI meneruskan proses menaturalisasikan pemain baharu mereka, Jordi Amat secepat mungkin sungguhpun bintang itu memilih untuk bermain buat Johor Darul Ta’zim (JDT).

Hal ini sedikit menimbulkan kemarahan para penyokong Timnas Indonesia kerana Jordi Amat telah memetrai perjanjian dengan pasukan Harimau Selatan ketika proses naturalisasinya masih belum selesai sepenuhnya.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu difahamkan telah mengirim surat kepada PSSI untuk meminta proses ini diteruskan.

Advertisements

Menurut satu kenyataan oleh Sekretriat Jeneral, Yunus Nusi, beliau menjelaskan bahawa pihaknya akan terus memenuhi keinginan Shin Tae-yong bagi menaturalisasikan tiga pemain yang diminta.

“Proses naturalisasi Jordi Amat diminta untuk diteruskan. Dengan arahan oleh Ketua PSSI, maka kami akan meneruskannya,” jelas Yunus Nusi dinukil dari laman PSSI.

Hal ini disebabkan mereka mahu memenuhi segala permintaan pengendali dari Korea Selatan ini dalam usaha membina reputasi Indonesia semula.

Advertisements

“Sebab, naturalisasi tiga pemain termasuk Jordi Amat adalah permintaan Shin Tae-yong. PSSI bakal memenuhi semua kemahuan beliau termasuklah tempat pemusatan latihan.”

Ketika ini, proses menaturalisasikan pemain ini sudah pun berjalan dengan lancar bersama-sama Sandy Walsh manakala seorang lagi pemain iaitu Shayne Pattynama masih pada peringkat permulaan.

Shin Tae-yong amat memerlukan khidmat Jordi Amat dalam menguatkan lagi barisan pertahanan mereka menjelang perlawanan persahabatan kalendar FIFA, September ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram