Shin Tae-Yong Gembira Dengan Perkembangan Pemain Muda Indonesia

shin tae yong antara foto Shin Tae-Yong Gembira Dengan Perkembangan Pemain Muda Indonesia
Antarafoto

Ketua jurulatih Timnas Indonesia, Shin Tae-Yong berpuas hati dengan perkembangan pemain mudanya yang semakin matang menyerap tekanan.

“Sebelum perlawanan akan ada perjumpaan dengan semua pemain dan saya tegaskan kepada mereka jika bolos perlu kekalkan ketenangan dan teruskan arahan barisan jurulatih.”

“Saya juga minta pemain kuatkan mental dan jangan tewas berhadapan situasi satu lawan satu ketika berebut bola.”

Selain memiliki kekuatan mental berhadapan pemain berpengalaman dan lebih senior, Shin Tae-yong turut gembira dengan kematangan pemain mudanya berevolusi.

“Pemain muda kami semakin lama semakin berkembang.” Jelas Shin Tae-yong yang nyata gembira dengan aksi dan keputusan bertemu Malaysia semalam.

Jaringan skuad Indonesia dijaringkan oleh Irfan Jaya (2 gol), Pratama Arhan dan Elkan Baggot sekaligus menjuarai kumpulan B.

Indonesia akan bertemu Singapura Rabu ini jam 8.30 malam di Stadium Nasional Singapura.