Shin Tae-yong: Mereka Tidak Boleh Pecat Saya
Dunia
IG @shintaeyong7777 / PSSI
Advertisements

Ketua jurulatih Timnas Indonesia, Shin Tae-yong menutup khabar angin situasi kontraknya bersama Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI).

Kerisauan mula timbul dalam kalangan penyokong bola sepak Indonesia yang risau seandainya jurulatih tersebut meninggalkan pasukan atau dipecat selepas dilihat menghampiri kegagalan menjuarai Piala AFF 2020 selepas tewas 0-4 kepada Thailand dalam aksi perlawanan akhir pertama.

Seperti yang dilaporkan portal bola sepak Indonesia, Bola.com, Shin Tae-yong ingin kekal bersama Indonesia dan percaya dengan program pembangunan pasukan muda ini.

Advertisements

“Mudah sahaja penjelasan dari saya. Jadi, saya punya kontrak dengan PSSI sampai 31 Disember 2023.

“Mungkin ada penyokong yang belum tahu tetapi jangan risau kerana tiada siapapun boleh memecat saya.

“Jika saya undur diri sekalipun sudah tentu ada denda yang perlu dibayar.” Jelas beliau semasa sesi sidang media seperti dilaporkan Bola.com

Advertisements

“Tanpa kesepatan antara pihak saya dan PSSI, tidak akan terjadi (hal ini) dan Timnas Indonesia ini baru bermula dan mampu maju ke hadapan.

“Jadi kepada para penyokong, jangan risau, mohon sokongan sepenuhnya dan saya ucapkan ribuan terima kasih,” tambah Shin Tae-yong.

Perlawanan akhir timbal balik Piala AFF 2020 akan berlangsung pada 1 Januari 2022 (Sabtu) dan tugas sukar bakal ditempuh Indonesia yang ketinggalan 4 jaringan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram