Komen Jujur Shin Tae-yong Terhadap Perpindahan Jordi Amat Ke JDT
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Ketua jurulatih timnas Indonesia, Shin Tae-yong memberikan pandangan peribadinya mengenai perpindahan pemain naturalisasi mereka, Jordi Amat ke Johor Darul Ta’zim (JDT).

Bekas bintang Swansea City ini memilih untuk mneyertai pasukan Harimau Selatan saat proses untuk mendapatkan passport Indonesia masih lagi berlangsung.

Pengendali kelahiran Korea Selatan ini merasakan tindakan pemain berusia 30 tahun ini tidaklah mnejadi satu masalah yang besar kepada pasukan kebangsaan Indonesia.

Advertisements

Sungguhpun rata-rata netizen tidak bersetuju dengan keputusan Amat disebabkan sudah 12 tahun beliau beraksi pada tahap tertinggi di Eropah bersama beberapa kelab ternama.

Sebelum ini, rata-rata warga Indonesia juga mahu proses menaturalisasikan pemain ini dihentikan namun ia tidak dipersetujui oleh PSSI.

Hal ini disebabkan PSSI mahu memenuhi permintaan Tae-yong yang meminta agar Jordi Amat dinaturalisasikan menjelang perlawanan persahabatan FIFA, September ini.

Advertisements

Malah, Shin Tae-yong tetap yakin dengan kemampuan sebenar pemain kelahiran Sepanyol ini untuk memantapkan lagi skuad kendaliannya.

“Saya mahu proses menaturalisasikan pemain ini diteruskan kerana persembahannya sudah terbukti.”

“Dia sudah berkorban untuk Timnas Indonesia. Jadi sekiranya kita berkata seperti itu hanya kerana dia bermain di Malaysia, saya rasa itu tidak adil,” jelasnya dalam satu temubual.

Advertisements

Beliau dijangka bakal melengkapkan proses naturalisasi bersama dua orang lagi pemain iaitu Sandy Walsh dan Shayne Pattynama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram