Shopee Cup: Borneo Buat ‘Kerja Rumah’ Tambahan Kekang KL City
MakanBola
Borneo FC Samarinda
Sponsors

Pengendali Borneo FC, Pieter Huistra terpaksa melakukan analisa tambahan untuk mengenal pasti kekuatan KL City menjelang aksi kedua Shopee Cup pada Khamis.

Borneo FC hadir ke Kuala Lumpur dengan misi untuk melakar kemenangan kedua setelah cemerlang menewaskan jaguh Singapura, Lion City Sailors 3-0 pada aksi pertama yang lalu.

Ad

Begitu juga dengan KL City yang turut meraih 3 mata dalam perlawanan pertama menentang Kaya FC-Iloilo dari Filipina di Cheras bulan lalu hasil jaringan tunggal Haqimi Azim.

Ad

Menurut Huistra, mereka sudah melakukan analisa mengenai The City Boys terutamanya mengenai para pemain dan corak permainan yang diperagakan sebagai persediaan untuk aksi ini.

“Ya (kami melakukan analisa), kami kenal para pemain (KL City), kami tahu cara permainan mereka. Kami juga pernah menonton aksi mereka. Jadi saya rasa kami sudah bersiap sedia,” katanya ketika sesi sidang media.

Ad

Tambah beliau lagi, kelibat penyerang berpengalaman, Paulo Josue antara nama yang perlu diberi perhatian anak-anak buahnya selain beberapa pemain yang lain.

Ad

”KL City mempunyai beberapa pemain tetapi saya fikir, satu pemain yang memukau adalah Paulo (Josue) dan pemain-pemain yang lain juga,” tambah pengendali dari Belanda itu.

Ad

Kedudukan terkini menyaksikan Borneo FC menerajui tangga teratas carta kumpulan B dengan tiga mata, berkongsi mata bersama KL City dan Hanoi yang meraih kemenangan dalam aksi lalu.

Aksi KL City dan Borneo bakal berlangsung pada Khamis, 26 September di Stadium Bola Sepak Cheras dengan sepak mula dijadualkan tepat jam 9 malam.