Advertising
Shopee Cup: Borneo Buat Lion City Tanggung Malu Besar
Asia Tenggara
MakanBola
Borneo FC

Perlawanan malam ini menyaksikan pertembungan wakil Indonesia, Borneo FC membenam wakil dari Singapura, Lion City Sailors FC dalam saingan Shopee Cup 2024.

Kedua-dua buah pasukan menurunkan hahah kesebelasan utama yang terbaik selepas ini merupakan perlawanan pertama bagi kumpulan B. 

Seawal tiga minit permainan aksi bermula, Borneo mendahului menerusi penyerang import dari Brazil, Leo Gaucho dengan tandukkan deras ke arah gawang gol selepas sepakan sudut dari rakan sepasukan.

Ad

Pada minit ke-20 permainan, tuan rumah menambah jaringan menerusi penyerang sayap, Berguinho yang juga dari Brazil dengan rembatan deras menewaskan penjaga gol Lion City Sailors, Izwan Mahbud.

Separuh masa pertama tamat, Borneo FC 2-0 Lion City Sailors FC. 

Ad

Pada minit ke-53 permainan, pemain tengah Lion City Sailors, Rui Miguel Guerra Pires dilayangkan kad merah sekaligus memberi kelebihan pemain buat Borneo.

Penyerang Borneo, Leo Gaucho menggandakan jaringan ketiga pasukan menerusi gol sungkitan melemaskan penjaga gol Lion City Sailors pada minit ke-80 permainan.

Lima minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan, Borneo FC 3-0 Lion City Sailors.

Selepas ini, Borneo akan berdepan wakil dari Malaysia, KL City manakala Lion City Sailors akan bertemu pasukan gergasi Vietnam, Hanoi Police FC pada 26 September hadapan.