Ads
Shopee Cup: KL City ‘Tak Berpeluh’ Atasi Borneo Samarinda
Asia Tenggara
Borneo FC Samarinda

Aksi kedua Asean Shopee Cup menyaksikan wakil Malaysia, KL City mencatatkan kemenangan berdepan Borneo Samarinda.

Advertisements

Pasukan bimbingan Miroslav Kuljanac bermula baik dengan trio serangan yang dikemudi oleh pemain seperti kapten, Paulo Josue, Haqimi Azim dan juga Jovan Motika.

Advertisements

Borneo membariskan watak seperti Nadeo Argawinata, Leo Santos dan juga Fajar Fathur Rahman untuk mengekang cabaran The City Boys.

Advertisements
Advertisements

Tuan rumah memiliki beberapa peluang keemasan menerusi tandukan Brendan Gan dan percubaan Paulo Josue namun tidak tepat ke sasaran.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 0-0.

Advertisements

Bersambung babak kedua, pasukan pelawat lebih banyak mengatur gerak menerusi serangan balas untuk menguji gawang Azri Ghani.

Peluang terbaik hadir menerusi percubaan Josue namun tepat dakapan Nadeo Argawinata.

Gerakan lincah Zhafri Yahya berjaya mencari Brendan Gan yang melepaskan rembatan kencang menewaskan Nadeo pada minit ke-77.

Tambahan masa 6 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Skuad Ibu Kota mengumpul 4 mata selepas dua perlawanan hasil kemenangan ke atas Kaya IloIlo tempoh hari.

Advertisements

KL City bakal menyambung perjuangan di Shopee Cup berdepan Lion City di tempat lawan pada awal Januari 2025.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram