Advertising
Shopee Cup: Lion City Sailors Enggan Kecundang Lagi
MakanBola
Lion City Sailors FC

Jurulatih Lion City Sailors, Aleksandar Rankovic tidak mahu melihat pasukannya tewas buat kali ketiga dalam saingan Shopee Cup.

Pasukan yang diberi jolokan The Sailors itu bukan saja tewas dalam dua aksi awal Kumpulan B Shopee Cup. Malah, Lion City Sailors turut dibolosi sebanyak lapan kali dan gagal merekodkan sebarang jaringan.

Ad

Selepas diaibkan wakil Indonesia, Borneo FC 3-0 pada 22 Ogos 2024, anak buah Rankovic dibelasah 5-0 oleh juara V. League 1 2023, Cong An Ha Noi (CAHN) pada 26 September 2024.

Ad

Atas sebab itu, pengendali Serbia berusia 46 tahun itu mahu meraih tiga mata penuh apabila Lion City Sailors bertemu dengan KL City FC.

Ini kerana kemenangan bukan saja memberi suntikan moral buat pasukan itu pada tahun 2025. Malah, ini menghidupkan peluang Lion City Sailors untuk mara ke separuh akhir Shopee Cup.

Ad

“Dua aksi pertama kumpulan tidak berjalan seperti yang kita mahukan. Dalam aksi pertama, saya boleh kata kita tidak bernasib baik,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan hari ini.

Ad

“Tetapi kedua-dua perlawanan diadakan di tempat lawan dan ini pertandingan baharu buat kita, kita masih menyesuaikan drii. Esok, kita bermain di gelanggang sendiri dan ini peluang untuk dapatkan mata pertama kita.”

Ad

Rankovic turut menghela nafas lega kerana semua pemain The Sailors yang mewakili Singapura dalam kempen ASEAN Championship 2024 kembali tanpa sebarang masalah.

Ini memberi keyakinan kepada beliau untuk menghasilkan ramuan mantap bagi menghadapi cabaran The City Boys.

“Semua pemain telah kembali dari skuad kebangsaan dan melainkan seorang atau dua pemain yang tidak dapat bermain, kita tiada masalah kecederaan serius. Kita bersedia membuktikan sesuatu dalam kejohanan ini,” tambahnya.

The Sailors bakal berentap dengan KL City di Stadium Jalan Besar pada 9 Januari ini.