Aksi pusingan kalah mati AFC U-23 Asian Cup antara pasukan Korea Selatan dan Indonesia mencuri tumpuan peminat.
Ketua jurulatih Korea Selatan. Hwang Sun-hong memberitahu bahawa pasukannya akan memberi tumpuan sepenuhnya untuk mara ke peringkat separuh akhir .
Juara edisi 2020 itu memenangi ketiga-tiga perlawanan Kumpulan B mereka tanpa bolos untuk mara ke peringkat kalah mati.
Taeguk Warriors juga mengekalkan status mereka sebagai satu-satunya pasukan dalam kesemua enam edisi kejohanan yang layak dari peringkat kumpulan pada setiap edisi.
Hwang turut menegaskan bahawa mereka sudah bersedia untuk bermula dengan cemerlang di Stadium Abdullah Bin Khalifa.
Pengendali Indonesia, Shin Tae-yong memuji perjuangan anak buahnya selepas bangkit daripada kekalahan hari pembukaan untuk mencatat dua kemenangan berturut-turut dalam Kumpulan A dan mengesahkan tempat suku akhir pada penampilan sulung kejohanan mereka.
Jurulatih berusia 53 tahun itu menerima semula khidmat penyerang Ramadhan Santana kembali daripada penggantungan dan juga mempunyai pemain pertahanan Nathan Tjoe-A-on yang bersedia untuk dituurnkan.
“Korea Selatan sememangnya kuat dari segi fizikal, kecergasan dan kepantasan. Mereka mempunyai kecekalan yang kuat.
“Barisan pertahanan mereka kuat dan konkrit. Ia sukar tetapi kami sedang mengusahakan rancangan terperinci untuk menembusi barisan pertahanan mereka,” ujarnya kepada AFC.
Kesebelasan Utama Korea Selatan vs Indonesia
Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.
Info Siaran Langsung Korea Selatan vs Indonesia
Tarikh: 25 April 2024 (Khamis)
Masa: 1:30 Pagi
Venue: Stadium Abdullah bin Khalifa Qatar.
Siaran Langsung: Astro Arena, YouTube (Akses VPN / US)