Aksi separuh akhir kempen Piala AFF B-19 bakal melibatkan pertembungan antara pasukan Indonesia dan Malaysia.
Pengendali skuad B-19 tahun negara, Juan Torres Garrido dalam sidang media pra-perlawanan yakin dengan kemampuan para pemain biarpun sedar dengan kebolehan serta kelebihan yang dimiliki kem garuda ketika ini.
Beliau anggap ujian sebenar buat skuad kendaliannya adalah ketika bertemu Indonesia di pentas separuh akhir kali ini.
Ketua jurulatih Indonesia, Indra Sjafri pula semestinya mahu memanfaatkan segala kelebihan yang ada untuk memastikan Indonesia layak ke pentas final.
Biarpun sebelum ini, skuad muda Indonesia memiliki rekod yang kurang baik setiap kali berdepan Malaysia, pengendali asal Indonesia itu yakin skuad kendaliannya akan berusaha sehabis baik untuk mencatat kemengan di perlawanan separuh akhir ini.
Kesebelasan Utama Indonesia vs Malaysia
Akan dikemas kini satu jam sebelum perlawanan bermula.
Info Siaran Langsung Indonesia vs Malaysia
Tarikh: 27 Julai 2024 (Sabtu)
Masa: 8.30 Malam (MY)
Venue: Stadium Gelora Bung Tomo, Surabaya.
Siaran Langsung: Vidio
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.