Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia meneruskan perjalanan di Arctic Open dengan bertemu pemain Jepun, Yushi Tanaka di pusingan kedua pada Khamis.
Setelah menewaskan Christo Popov dari Perancis, misi besar untuk mempertahankan kejuaraan Arctic Open bersambung dengan Yushi Tanaka menjadi lawan kedua buat Zii Jia.
Tanaka yang berusia 25 tahun mara ke pusingan kedua ini setelah menyingkirkan pemain China, Lei Lan Xi dalam satu aksi tiga set yang penuh mendebarkan dan memakan masa 91 minit.
Berdasarkan ranking, Zii Jia sememangnya miliki kelebihan apabila berada di ranking keempat dunia dan pilihan ketiga kejohanan berbanding Tanaka yang menghuni ranking ke-30.
Selain Zii Jia, 6 lagi wakil negara akan beraksi di pusingan kedua diketuai pemenang pingat gangsa Olimpik Paris, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menumbangkan pasangan China.
Rekod Pertemuan Lee Zii Jia vs Yushi Tanaka
Untuk rekod, ini merupakan pertemuan pertama bagi kedua-dua pemain di jelajah dunia menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Info Siaran Langsung Lee Zii Jia vs Yushi Tanaka
Tarikh: 10 Oktober 2024 (Khamis)
Masa: 3.00 pm.
Venue: Energia Areena, Vantaa, Finland.
Siaran Langsung: Astro Supersport & Youtube BWF.
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.